Friday, July 16, 2010

Gahnya Terapung

Sudah menjadi kewajipan bagi kaum XY,setiap hari Jumaat kita semua akan berkumpul di Masjid yang terdekat untuk sama2 menunaikan kewajipan kita iaitu Solat Jumaat secara berjemaah.Ini adalah salah satu suruhan Allah S.W.T. bagi semua lelaki yang sudah akil baligh.Ingatlah bahawa hanya hari sebegini sahaja kita semua dapat berkumpul bersama-sama menadah tangan memohon keampunan dari Allah S.W.T.Sesungguhnya banyak ganjaran yang telah dijanjikan bagi kita umat Islam yang menunaikan kewajipan ini.Tidakkah kita berasa hairan & pelik walaupun 1 hari sahaja kita berkumpul dalam 1 minggu,masih ada segelintir kita yang masih tidak boleh bersama-sama sujud dengan kita semua.Ada yang merayau di pusat-pusat membeli belah,pantai-pantai yang indah dan selainyya.

Di sini, Bobby ingin menceritakan pengalaman Bobby sebagai seorang lelaki yang menunaikan kewajipan ini.InsyaALLAH.Pada pendapat Bobby,kadang-kadang masjid yang kita hendak tunaikan kewajipan ini menjadi satu tarikan utama untuk kita.Setelah bertahun-tahun Bobby melawati masjid bagi menunaikan kewajipan ini,salah satu masjid yang menjadi favourite Bobby ialah Masjid Terapung di Kuala Terengganu.Kenapa??(Bobby harap readers semua jangan salah faham tentang apa yang Bobby ceritakan ini.Bukanlah Bobby memilih-milih dalam menunaikan kewajipan ini.Tetapi Bobby ingin menceritakan keistimewaan Rumah ALLAH ini)



Melihat dari segi persekitarannya,masjid ini didirikan di atas sebuah kuala yang boleh juga didefinisikan sebagai sebuah tasik.Tidak jauh dari masjid ini terdapat pantai yang begitu indah dan menjadi tarikan pelancong.Apatah lagi Terennganu Equestrian Resirt yang dalam pembinaan menghiasi persekitaran masjid ini.Woow,begitu teruja Bobby melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T.

Masjid ini juga dinamakn sebagai Masjid Putih kerana warna putih menjadi elemen kepada permukaan dinding masjid ini.Putih ini boleh didefinisikan sebagai kesucian selari dengan "Agama Islam yang Suci'.masjid ini berdiri megah di tengah tasik dan mempunyai jambatan sepanjang 20-30 m untuk sampai ke tangga utama masjid ini.Sebelum masuk waktu Zuhur,bacaan ayat2 suci Al-Quran jelas kedengaran memecah kesunyian persekitaran masjid.Ditambah lagi dengan kecomelan anak-anak ikan yang bermain di pesisiran tasik.Dengan penjelasan sebegini rupa dapat membuatkan pemandangannya bergolek-golek dalam pemikiran readers.Sudah menjadi tabiat umat kita 'sampai masjid awal pun lepak laa dulu kat luar' termasuk Bobby sendiri.Menikmati juadah seperti ~keropok,fishball,nugget,air~ sudah menjadi kebiasaan bagi Bobby & member.Setelah 'microphone' menjalankan tugasnya untuk membantu Khatib melaungkan azan,barulah manusia berpusu-pusu berjalan di atas jambatan menuju ke pintu utama masjid.Kelakar melihat keadaan selipar di sorok di sana sini,berserabut di atas jambatan dan di cela tiang-tiang masjid.

Masjid ini mempunyai banyak dinding-dinding yang berlunbang.Bukanlah sengaja dinding ini dibina sebegini rupa tetapi memberi 1001 manfaat kepada kiat semua.Pada pendapat Bobby,deruan angin yang mengisi celah-celah dinding ini tidak dapat ditandingini oleh 'aircond' yang termahal di dunia.Bayangkan betapa nikmatnya keindahan Allah S.W.T.Deruan angin ini tersangatlah halus nyamannay hinggaa menusuk tulang-tulang rusuk Bobby.Alhamdullilah,walaupun keadaan di sekitar agak panas,tetapi hanya dengan bisikan angin-angin kecil ini dapat memadamkan bahang yang terasa.

Gema khutbah yang disampaikan memberi manfaat kepada kita semua.'Dahlaa khutbah sedap.angin pun sedap'adoii..inilah manusia.Tidak pernah memupuk kesyukuran dengan apa yang ada.Setelah selesai menadah tanagan,manusia diliaht seperti anai-anai berbaris ingin keluar dari masjid.Dengan hanya sebuah jambatan dapat memupuk semangat berdisiplin,bantu-menbantu & kasih sayang di kalangan jemaah semua.Apa yang Bobby maksudkan di sini ialah,jambatan itu hanyalah sempit tetapi tidak menjadi maslah kepada jemaah untuk berbaris dan melabelkan agama Islam yang menerapkan nilai mementingkan orang di sekeliling kita.Kita juga dapat melihat suasana bapa2 mendukung anak-anaknya takut dihimpit oleh pemuda-pemudi & orang -orang tua.Lihatlah betapa sayangnya seorang ayah kepada anaknya.Inilah apa yang Bobby ingin ceritakn tentang masjid ini.Ingatlah bahawa setiap benda yang menghiasi ruangan duinia ini mempunyai manfaat yang berguna untuk kita semua kalau kita menelitinya sedalam yang mungkin.Tauke ubat nyamuk tidak akan kaya jikalau spesies nyamuk pupus dari dunia yang fana ini.Inilah coretan Bobby untuk santapan readers semua...Salam.

2 comments: