Saturday, July 17, 2010

Arnab vs Kura-Kura

Semalam,Bobby berkesempatan menghadirkan diri dalam program universiti yang dianjurkan oleh HEP.Ada satu slot di mana memberi 1001 definisi kepada Bobby iaitu slot 'Cerita Dongeng'.Kawan Bobby mementaskan sketsa ini dengan disaksikan lebih kurang 30 orang penonton.Kisah ini bekisarkan


Pernah suatu ketika,
Nun jauh di belantara,
Dongeng anab dan kura-kura,
Menceritakan kita semua.

Fastnyer arnab yang kencang,
Slownyer kura-kura yang 'betak',
Kepantasan menjadi tandingan,
Arnab vs Kura-kura.

Berkayak kaki di satu pesta,
Arnab yang sebegitu angkuh,
Kura-kura dijadikan bahan,
Untuk ejekan semata-mata.

Destini dimulakan,
Sorakan unggas bergema-gema,
Tupai-tupai bersorak ceria,
Anak gajah duduk ternganga.

Kerana arnab dan egonya,
Dipandang belakang di mana si kura-kura,
Batang flora dijadikan bantalnya,
Tidur bersandar mengejek kura-kura.

"Aku memang lambat"
Bermonolog sendiri si kura-kura,
Tetapi azam menjadi senjata,
Akan ku kejar arnab di sana.

Kemegahan arnab semakin meronta,
Tidur terlena di tepi denai,
Perlahan-lahan si kura-kura,
Melintasinya begitu bangga.

Benarlah,kecekalan senjata utama,
Kesombongan memadam kesemuanya,
Orang cekal akan berjaya,
Yang sombong jelas kecewa.
Bayangkan,
Arnab berlari penuh bertekad,
Nasib kekura menjadi apa?
Inilah jangan kita lupa!

~hasil nukilan Bobby~


2 comments: